Thursday 25 June 2015

Muhasabah diri

Hari ni tiada air-cond di pejabat, bagaikan sauna rasanya...Dah tiga hari perkara ini berpanjangan.. Memang tak larat menunggu ke petang, dengan bahang dan panas berkuap..

Dan sepanjang tiga hari ni, ummi memang merungut-rungut sebab panas, sampai sakit kepala rasanya..

Tadi waktu memandu ke pejabat, ummi muhasabah diri..cuba pujuk diri untuk menerima kesusahan..Alhamdulillah, masih punya pekerjaan, hari-hari (waktu biasa) ada penghawa dingin, ada ruangan kerja sendiri..

Bagaimana keadaan org2 yang bekerja di lautan, di pelantar minyak, buruh binaan? mungkin panasnya lebih mambahang, tidak kira waktu terik mentari..berhujan berpanas, masih bekerja..
Astaghfirullah, dengan ujian yg kecil ini, ummi sudah merungut..

mungkin dugaan kecil ini, ada pelajaran yg Allah mahu beri..mungkin dugaan panas ini hanya 1 per seratus dari panasnya api neraka..

Ya Allah, jauhilah hamba mu ini serta keluarga dan keturunan dari siksaan api negara..Amiin..

Ummi insaf.

Wednesday 24 June 2015

Kadar bayaran zakat fitrah 2015 seluruh negeri

Berikut adalah kadar zakat fitrah untuk setiap individu seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2015 bersamaan 1436 Hijrah seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri



Tips Merancang Perbelanjaan Bulanan.



Saya bukanlah financial consultant malah masih belajar untuk generate positive cashflow. Kerja tidak lah hebat..biasa sahaja..suami isteri bekerja sebagai penjawat awam. mempunyai dua orang cahaya mata, masih belum bersekolah. hidup tidaklah kaya, sederhana sahaja..kadang2 cukup2, kadang2 sesak..

Alhamdulillah. Setelah belajar..belajar dan belajar..pengurusan kewangan semakin hari semakin baik..jadi, hari ni saya nak share pengurusan kewangan keluarga kecil kami..

Harus diingatkan..ini hanya perancangan kewangan utk keluarga kecil kami..mungkin sesuai dan mungkin tidak sesuai utk orang lain..yg baik jadikan panduan, jika kurang harap dapat diberi makluman..mekasih :)

1.       Setiap bulan sebelum dapat gaji Menteri Kewangan (puan isteri) akan buat budget siap2. Untuk mendapatkan positive cashflow kena ada toleransi dan perkongsian antara suami isteri. Dua-dua pihak ada komitment kewangan sendiri…some part suami contribute lebih, vice versa..

2.       Mengetahui tarikh pemberian gaji untuk mengira tempoh perbelanjaan..contoh gaji bulan 5 pada 25hb, gaji bulan 6 pada 25 hb..bagi kakitangan awam, tarikh pemberian gaji tak tentu..klu ada perayaan, gaji akan sedikit awal..dalam hal ni, kena bijak merancang..

Bila dah tau next gaji..sy akan kira jumlah hari bekerja dan jumlah weekend..

Motif:
-Jumlah hari bekerja: untuk kira anggaran untuk keperluan makan, minyak kereta dan tol.
Contoh: hari bekerja 22 hari, jumlah cuti mingguan: 4 minggu

So dapat anggarkan keperluan makan secara individu:
Isteri: RM 8 /day –breakfast n lunch.. minum air kosong
Suami: RM 10/ day.. breakfast dan lunch..

-Jumlah minggu: untuk reserve perbelanjaan makan luar, entertainment anak2, jln2 during weekend.
Minyak kereta: 4 minggu 
Tol – dua kali balik kampung isteri, dua kali rumah suami (dekat je)

3.       Senaraikan keperluan peribadi:
Suami telah selesai  membayar loan kereta dan tiada loan pelajaran, tetapi ada loan rumah.
Suami naik motor pergi kerja..jimat disitu.

Isteri
Suami
Pinjaman pelajaran
Loan Rumah
Pinjaman kereta
Bil. Telefon
Bil telefon
Insuran
Insuran
Maintenance kereta + motor
Sumbangan kepada ibu bapa
Sumbangan kepada ibu bapa
Sedekah
Sedekah
Minyak kereta
Minyak moto
Tol


4.       Keperluan bersama (KONGSI)

Anak
Taska Anak
Diaper
Susu anak
Rumah (Keluarga)
Barang Dapur
Keperluan Rumah


5.       Belanjawan – buat kira-kira, guna excel senang


Isteri
Suami
Gaji bersih

xxxxx

xxxxx
Peribadi
xxxx

xxxx

Keluarga
xxxx

xxxx

Anak
xxxx

xxxx

**Bil
xxxx





xxxxx

xxxxx
Lebihan

xxxxx

xxxxx

Oleh kerana suami saya ada loan rumah yg memerlukan komitment yg besar, maka saya telah bersetuju utk bayar bil astro, air dan elektrik..berbincang dan cari persefahaman.

6      Mengurus wang
Setiap kali dapat gaji..terus buat pembayaran kepada komitment peribadi, untuk wang simpanan buat potongan  gaji (lebih selamat).

Keluarkan duit siap2 bagi setiap perbelanjaan:
Motif: untuk mengelakkan terlalu banyak kali pergi withdraw dan keluarkan duit lebih dari keperluan.

  • Makan
  • Minyak dan Tol
  • Barang Dapur + Barang Rumah
  • Taska Anak
  • Diaper dan susu anak

Asingkan duit untuk kegunaannya(mengikut kategori)..kalau nk pergi beli barang dapur, guna portion utk barang dapur..jangan habiskan pulak, guna utk sepanjang bulan.

Mula-mula guna cara ni cuak jugak bila tengok amaun dalam akaun dah tinggal sikit sangat pada hal baru awal bulan..takut tak cukup.  So memang extra careful bila belanja duit cash, kenangkan duit tu je yg ada skrg..dlm bank dah nazak..phewww.

Saya dapati cara ni sangat membantu utk kawal diri dari shopping online sbb duit dalam akaun dah tak banyak..dulu2 selagi ada duit dalam akaun, gatal je tangan nk klik sana, klik sini..klik sinun..

Kurangkan aktiviti di kedai/shopping mall tanpa tujuan kerana ia menggalakkan perbelanjaan pada perkara2 yang bukan keperluan.

Bila gaji, sy ajak suami pergi beli diaper dan barang anak utk sebulan, susu dah beli 2 dozen dari kilang. Dah tak yah nk fikir lagi pasal keperluan anak.

Barang dapur:
Pagi sabtu pergi pasar borong beli keperluan dapur, biasa sekali beli tahan untuk masak selama dua minggu..dah tak payah nak pergi2 kedai selama dua minggu. Nk beli lebih dari tu, peti ais tak muat.

7.       Kawal perbelanjaan
Belanja secara berhemah, Tahu bezakan KEPERLUAN dan KEHENDAK.
JIMAT. Amalkan memasak sendiri di rumah. Pasti lebih jimat dan lebih puas hati. Bukan tak boleh langsung makan di kedai, tapi berpada-pada..

Buat perbandingan harga, shopping di mydin dan kedai 2 ringgit juga menyeronokkan!

Ukur baju di badan sendiri..
Jangan bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan org lain, jika tidak mampu hiduplah dengan apa yang ada..tanpa pakaian branded pun masih boleh bergaya.

8.       Tabungan
Walaupun ada potongan gaji untuk simpanan , saya amalkan untuk transfer some portion ke akaun kedua supaya ada duit untuk kecemasan.

Saya sediakan tabung hijau.. Saya simpan semua not lima ringgit untuk tabung hijau..
Setiap hujung minggu saya berikan semua syiling kepada anak utk tabung syiling..sambil masuk, sambil kira..anak2 happy, ibu senang hati.

Tabungan akhirat: menyumbanglah kepada ibu bapa dan beri sedekah kepada yg memerlukan.
Jangan lupa bayar zakat. InsyaAllah, rezeki akan berkat.

9.       Kad kredit.
Saya tiada kad kredit. Dulu ada, tapi saya dah batalkan..tak pernah guna pun. Suami sy ada tetapi kegunaan hanya untuk kecemasan seperti mengisi minyak kereta. Kalau tak ada lagi baik. Jauhi hutang..kalau nk beli, kumpul duit dan beli secara cash…Kalau tak cukup duit, saya pujuk hati..kumpul duit lagi..dan lagi..

Semoga bermanfaat!

ummi khair.

Tuesday 22 July 2014

Panduan memasak dengan pantas.

Assalamualaikum.

Bulan puasa ni, ummi akan balik rumah pada waktu rehat tengahari untuk memasak. Alhamdulillah, kira2 sebulan sebelum puasa Allah telah permudahkan urusan ummi. Ummi telah ditawarkan rumah yang lebih dekat dengan office. alhamdulillah.

Waktu rehat hanya sejam, dari pukul 1 hingga 2, jadi ummi akan gunakan masa tersebut sebaiknya sebab bila dah ambil anak2 dari taska petangnya ummi tak nak masak lagi dah dan dapat tumpukan sepenuh perhatian pada anak2. Biasanya abang hakimi dah tak sabar2 nak makan nasi bila balik rumah...kesian klu tak de makanan utk makan.

Abg Hakimi ni jenis yg picky eater, teacher selalu cakap hakimi makan sikit je kalau kat taska..so ummi agak mesti dia tggu nk makan kat rumah. mknan memang kena pelbagai, antara kesukaan abg hakimi..sup ayam, fishball, telur dadar, nugget, carrot, mee goreng, spagetti carbonara, udang, dan kerang.

ok, kembali kepada tajuk asal..antara tips memasak dengan pantas.

1. Penyimpanan bahan mentah mengikut kuantiti masakan
contoh la beli ayam seekor, ummi akan bahagikan kepada 3 bahagian yang disimpan dalam container yang berlainan. satu bahagian untuk sekali masak. tujuan utama supaya proses untuk defrost lebih cepat serta untuk mengekalkan kualiti bahan mentah tersebut. begitulah juga dengan kes udang, sotong ikan dll.
ummi tak defrost awal pagi sebelum pergi kerja sebab ummi memang masak mengikut mood, takut nnt bila dah defrost..rasa nk masak benda lain pulak.

2. Blend bahan menumis
Proses mengupas kulit bawang memang memakan masa, dengan pedih mata lagi..bagi mempercepatkan kerja, ummi akan blend bawang merah dan bawang putih dalam kuantiti yang banyak...kadang2 boleh tahan utk 2 mggu. memang la kadang2 bawang yang ditumbuk lebih sedap, tapi apa salahnya berkorban sedikit rasa supaya ummi dapat tumpukan perhatian pada anak2..semakin pantas ummi buat kerja, semakin banyak masa ummi untuk anak2.

3. Alat Bantu
pengunaan alat bantu seperti dicer, cam operner dll- sedikit pelaburan but value for money.

4. Kuah frozen
Kadang2 ummi akan masak banyak, separuh untuk makan, separuh lagi bekukan..contohnya masak ayam masak merah. sambalnya ummi asingkan kepada dua bahagian. yang untuk makan, campurkan dengan ayam yg dah siap goreng, satu lagi terus bekukan. next time bila rasa nk makan ayam masak merah, just goreng ayam..taraaa, sambalnya dah siap, tggal nak thaw shj..

5. Menu 2 in 1.
Ceh..ni main tak aci..buat kari ayam dengan kentang contohnya...ummi buat juga roti jala...so kari tu tadi boleh buat kuah roti jala, dan boleh juga makan dengan nasi..pelbagai kan.
buat goreng sardin,ambil sikit buat roti sandwich gulung salut telur, sakit lagi buat lauk.

ok, setakat ni je lah..ummi nk sbg buat kerja. lain kali sambung lagi.

Monday 30 June 2014

Cara mudah penyediaan baby food..halalan toyyiban.

Tips pertama...

Adik irfan baru sahaja memasuki umur 6 bulan, ummi baru sahaja memperkenalkan solid food kepada adik irfan. Masa abg hakimi dulu, 5 bulan lebih ummi dah intro solid food sebab abang asyik nak menyusu dan macam tak kenyang.  Untuk irfan, alhamdulillah...bekalan susu masih cukup hasil disiplin ummi untuk mengepam setiap hari.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas..cara mudah utk prepare solid food utk baby 6-10 bulan.
Untuk hari-hari awal ni, ummi juz introduce puri buah dan sayur saja pada adik irfan. Ummi berazam untuk memasak sendiri makanan utk adik irfan utk memastikan anak2 ummi dapat makanan yg berkhasiat dan halalan toyyiban.

Puri lobak/bayam/brocoli/kentang/labu/kurma/pear/apple

1. Cuci lobak dan buang kulitnya.

2. Potong lobak untuk mempercepatkan masa merebus.


3. Rebus/Kukus -


4. Blend dengan sedikit air rebusan, sehingga halus.



5. Masukkan ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.


6. Untuk menjimatkan ruang dan memudahkan simpanan, masukkan puree yang telah beku ke dalam zip-lock plastic.


7. Bila nk bagi baby makan, jus warm kan aja macam panaskan EBM. boleh juga nk masukan dalam bubur nasi. Pantas kan!




Ahlan wasahlan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..
Hari ni dah masuk hari ke-3 puasa. Alhamdulillah, ummi diberi kesihatan dan kekuatan untuk berpuasa.

Tahun lepas ummi puasa masa mengandungkan adik irfan, tahun ni berpuasa dalam keadaan masih menyusukan irfan. Setakat semalam production susu masih seperti biasa. Alhamdulillah, rezeki dtg dari Allah.

Dalam bulan puasa ni ummi sedikit terkejar-kejar dalam menguruskan kerja, anak-anak, memasak dan rumah tangga. Sebelum puasa pun memang terkejar-kejar juga, sebab abah sibuk dengan final year project untuk pengajian masternya, jadi tak dapat nak bantu ummi kerja-kerja rumah.

Jadi, bagi mengelakkan ummi jadi stress, ada beberapa rahsia yang ummi boleh share untuk speed up kerja-kerja ummi. Ummi share kat entry lain la ye. Salam ramadhan..smg ramadhan kali ini menjadi ramadhan yg paling baik dari yg sebelum ini, insyaAllah.